INBpestcontrol

INBpestcontrol

Thursday 17 July 2014

KAWALAN KELAWAR



Kelawar merupakan sejenis binatang mamalia dari kumpulan yang dinamakan Chiroptera, yang merupakan satu perkataan berasal daripada Greek. Ia membawa maksud 'Tangan Bersayap'. Terdapat sebanyak 1,240 spesis Kelawar di seluruh dunia.

70% daripada Kelawar adalah jenis yang menjadikan serangga sebagai makanan mereka manakala bakinya menjadikan buah-buahan sebagai makanan. Di negara kita jenis yang makan buah-buahan ini kita namakan sebagai Keluang
Daripada maklumat di atas ternyata Kelawar tidak membahayakan manusia malah tabiat mereka yang menjadikan serangga sebagai makanan sebenarnya banyak membantu industri pertanian apabila kebanyakan serangga yang menjadi makanan mereka merupakan serangga perosak tumbuh-tubuhan.
Bagi Keluang yang menjadikan buah-buahan sebagai makanan utama mereka, ia sedikit sebanyak mengganggu para pekebun yang mengusahakan tanaman buah-buahan apabila hasil buah pekebun dimakan dan dirosakkan oleh Keluang.
...........................................................................................................................

Masalah bawaan Kelawar 


Dari segi penyakit berjangkit bawaan pula, Kelawar mempunyai rekod membawa penyakit 'anjing gila'. Berhati-hatilah dengan Kelawar yang bertindak luar daripada kebiasaan seperti berterbangan rendah sekitar lantai atau duduk rehat di bawah.
Kelawar kadangkala menjadikan rumah kita sebagai tempat penginapan mereka dan ini mendatangkan masalah besar kerana najis serta air kencingnya boleh merosakkan dinding serta mendatangkan bau yang sungguh tidak menyenangkan.
Bau yang melekat pada dinding dan lantai akan menarik serangga perosak lain dan juga kelawar dari tempat lain. Kewujudan mereka di loteng rumah kita juga akan menjadikan kita tidak selesa apabila mereka sering mencakar dan membuat bising di atas sana.

Masalah pada najis Kelawar


Najis yang berkumpul dan tertinggal di kawasan pendudukan Kelawar akan menghasilkan sejenis Kulat yang mana spora daripada kulat tersebut boleh mendatangkan masalah pernafasan pada mereka yang menyedutnya. Masalah akan bertambah teruk pada mereka yang ada penyakit alahan seperti lelah dan sebagainya.
Jika keadaan itu berlaku, sudah pasti kita tidak dapat menrima kehadiran mereka dan sesuatu mestilah dilakukan untuk menghalau mereka daripada menjadikan rumah kita sebagai sarang tempat pembiakan kelawar.

Kaedah kawalan Kelawar

 Untuk menyelesaikan masalah kelawar ini ia melibatkan dua proses utama.
  1. Menghalau kelawar yang ada daripada rumah kita
  2. Menghalang kemasukan semula Kelawar ke dalam rumah kita
Kebiasaanya kelawar akan bersarang dikawasan loteng atau bahagian bumbung di atas rumah kita. Bagi kebanyakan rumah di negara kita sekarang, bahagian ini adalah di atas siling rumah langkah-langkah keselamatan perlu diberikan perhatian secukupnya.

Pemeriksaan serangan Kelawar

Sebelum sebarang tindakan diambil kita hendaklah melakukan pemeriksaan rapi terlebih dahulu bagi mengenal pasti:
  1. Kesemua kemungkinan laluan keluar dan masuk kelawar di dalam rumah kita.
  2. Segala kerosakan yang ada pada kawasan bangunan di mana kelawar jadikan sarang mereka
  3. Kawasan sebenar di dalam bangunan di mana Kelawar jadikan sarang.
  4. Berapakah saiz kumpulan kelawar yang bersarang di dalam rumah kita. Ia berbeza daripada sepasang sehinggalah ke ratusan ekor.
  5. Apakah spesis kelawar yang bersarang di situ.

Waktu sesuai pemeriksaan Kelawar

Pemeriksaan elok di lakukan dua kali pada masa yang berbeza.
  • Pada waktu senja di mana Kelawar mula muncul. Ini untuk mengesan kawasan kemasukan dan keluar kelawar tersebut.
  • Pada waktu siang di mana kelawar sedang berehat di tempatnya. Ini bagi menentukan keadaan kawasan yang diduduki oleh kelawar tersebut. Adakah runag yang cukup untuk kita melakukan kerja pencegahan dan sebagainya.
Sebolehnya lebih daripada dua orang diperlukan sewaktu melakukan pemeriksaan agar kita tidak terlepas pandang segenap kawasan yang ada sarang kelawar dan juga keselamatan kita lebih terjamin.

Proses pemeriksaan Kelawar

Antara kelengkapan yang perlu ada ketika melakukan pemeriksaan termasuklah topi keras keselamatan, lampu suluh, pakaian coverall, penutup pernafasan daripada habuk dan sarung tangan kulit.

Langkah Kawalan Kelawar

Langkah kawalan terbaik adalah dengan menutup segala laluan masuk dan keluar kelawar dari bangunan kita dan menghalang terus kelawar dari masuk ke dalam rumah.

Sebelum itu, kita perlulah memastikan bahawa tiada lagi kelawar yang tertinggal di atas loteng bumbung rumah kita dan kesemua kesan najis serta air kencing kelawar yang ada hendaklah dibasuh terlebih dahulu.
Kita boleh menutup ruang terbuka pada loteng atau bumbung dengan menggunakan plastik tebal atau jaring atau apa-apa sahaja yang dapat menghalang kelawar dari masuk.

Jangan lakukan di waktu kelawar masih ada dan gangguan kita mengakibatkan mereka berterbangan atau jatuh ke bawah. Elakkan dari terkena gigitan kelawar takut-takut kalau ada jangkitan penyakit 'anjing gila'.
Jika bukaan ruang loteng atau bumbung rumah kita besar. Kita boleh gunakan plastik atau jaring yang dipasang pada bahagian atas dan lepaskan bebas di bahagian bawah.

Ini bagi membolehkan kelawar keluar tetapi menghalangnya masuk selepas itu. Setelah tiasa lagi kelawar, kita bolehlah menutup terus ruang itu.

Bahan kimia untuk kawalan Kelawar

Terdapat sejenis bahan kimia yang digunakan bagi menghalau kelawar yang kita namakan Naphthalene. Kita biasa melihat bahan kimia penghalau ini digunakan di tandas-tandas dalam berbagai bentuk yang digantung pada kawasan dalam tandas. Ubat ini digunakan bagi menghalau serangga seperti lipas.
Bahan ini sebenarnya mampu menghalau kelawar tetapi dengan syarat kawasan tersebut hendaklah tertutup dan kurang lalauan udara. Ini bagi membolehkan udara di penuhi dengan bau Naphthalene tersebut dan seterusnya menghalang binatang dari memasuki kawasan itu.

Walau bagaimanapun ada laporan yang menyatakan ratusan bahan itu diletakkan pada loteng bangunan seperti sekolah dan lain-lain gagal menghalang kemasukan kelawar.

Kawal Kelawar dengan lampu

Satu lagi cara yang boleh digunakan adalah dengan memasang lampu yang cerah pada kawasan bersarang kelawar. Jika kawasannya tidak luas dan kos memasang lampu tidak tinggi, maka ia boleh dijadikan satu cara  mengawal kelawar. 

Kawal kelawar dengan alat elektronik

Ada tawaran dan dakwaan bahawa peralatan ultrasonik boleh digunakan dan berkesan bagi menghalau kelawar dan juga haiwan lain seperti tikus. Namun secara paraktikalnya masih tiada lagi peralatan seumpama itu yang mampu menghalang kelawar atau lain-lain haiwan dengan berkesan.
Jika rumah anda tinggi dan besar, dinasihatkan agar anda mendapatkan khidmat syarikat kawalan makhluk perosak yang bertauliah bagi menyelesaikan masalah kelawar anda dengan lebih sempurna.

TIPS BAGAIMANA MENGETAHUI ANAI-ANAI TELAH MENYERANG RUMAH KITA


Anda hanya perlukan dua alat dasar untuk melaksanakan  pemeriksaan anai-anai iaitu sebuah lampu suluh dan sebatang screw driver. Untuk mula, anda perlu tahu tempat-tempat yang perlu disemak. Beberapa bahagian rumah anda perlu diberi perhatian khusus, ia itu kusen pintu, bingkai tingkap, lantai kayu atau skirt lantai, langit-langit, built-in almari, almari dan bilik setor.

Bagaimana anda tahu adakah rumah anda sedang diserang anai-anai?
Berikut adalah beberapa kesan-tanda serang anai-anai:

 

Lumpur tabung atau jejak anai-anai/jalan anai-anai

 
Salah satu cara yang paling umum anai-anai dikesan adalah melihat lumpur tabung atau jejak anai-anai. Tabung lumpur boleh ditemui pada dinding, celah kecil di pinggir lantai kayu, kusen pintu, kusen tingkap dan kayu-kayu lain rumah anda. Anai-anai biasanya menyerang tempat-tempat yang disebut tadi sebelum serang ke rangka bumbung.

Jika anda menemui salah satu tabung lumpur yang kering dan berukuran size pensil, mereka mungkin tidak aktif. Untuk lebih menyakinkan, kerok 1-2 cm segmen di tengah jalan anai-anai. Jika tabung lumpur aktif ia akan dibina semula dengan cepat, mungkin dalam satu jam, dua jam, mungkin satu atau dua hari.

Anai-anai di bawah tanah harus mempunyai akses terhadap air. Mereka akan mati jika mereka kering. Mereka menjaga diri mereka sentiasa basah dengan air dari tanah dan untuk melakukan ini, mereka perlu sambung lumpur terowong atau tiub ke tanah.

Perubahan Warna dan Tekstur Kayu

 
Tanda lain yang perlu diperhatikan adalah bahagian-bahagian kayu dalam rumah anda telah berubah warna, misalnya dari coklat gelap ke coklat terang. Perhatikan tekstur kayu untuk melihat adakah bahagian tertentu yang sangat berbeza daripada yang lain. ia itu celah kecil di pinggir lantai kayu, kusen pintu, bingkai tingkap dan kayu-kayu lain rumah anda.


Retakan dan lubang (kekosongan Struktur) 
Carilah keretakan dan lubang di bidang-bidang seperti kusen pintu atau bingkai tingkap, berikan perhatian khususnya terhadap sisi. Jika ada celah kecil (split end), cari tabung lumpur di dalamnya. ketuk secara rawak di beberapa tempat menggunakan screw driver dari bawah ke atas kusen. Semak kekosongan.

Anai-anai makan atau melubangi kayu-kayu dari dalam dan meninggalkan permukaan luar kayu. Jika anda mengesyaki kawasan tertentu, lihat sepanjang lantai untuk bintik-bintik hitam atau berubah warna. tolak sekitar kayu yang terbuka dengan menggunakan screw driver, pastikan anda tidak merosakkan cat. Jika mereka active di dalam, kayu akan menghancurkan masuk.

Semak daerah yang jarang kita sentuh, seperti bingkai tingkat atau kusen lantai. ketuk dengan belakang screw driver untuk mengesan suara anai-anai.

Namun, hanya kata hati-hati bahawa bahagian bawah pintu (tekstur permukaan) boleh retak akibat terkena air, dan belum tentu ia kerana diserang anai-anai.

Suara anai-anai “Tick-Tick-Tick”

 
Cara lain untuk mengesan anai-anai secara pendengaran. Ketika anai-anai memecah serat kayu, mereka menghasilkan getaran atau bunyi, mungkin juga dihasilkan oleh serangga lain seperti kumbang bubuk, semut dan lain-lain seranga yang juga memecahkan serat kayu. Anai-anai juga membuat suara dengan ketara beberapa bahagian tubuh mereka terhadap permukaan keras, meskipun banyak serangga lain seperti stoneflies juga memaparkan perilaku aneh ini. Untuk menjadi dua kali ganda yakin suara dibuat oleh anai-anai, buat lubang kecil di kawasan serang. Jika anai-anai hidup keluar dari tempat persembunyian mereka, tempat itu dianggap sedang diserang anai-anai.

Cuaca Hangat
 
Anai-anai akan mendedahkan kehadiran mereka apabila cuaca hangat mula. Hari yang hangat setelah cuaca sejuk boleh menyebabkan anai-anai bersayap muncul dari persembunyian. Anai-anai ini disebut swarmers dan menunjukkan bahawa anai-anai telah pun hadir. semak di sisi tingkap atau di bawah lantai. Tanda-tanda lain yang menunjukkan kewujudan anai-anai ialah sayapnya dijatuhkan di bingkai tingkap atau di sisi tingkap.


KERJA SEMBURAN KAWALAN PIJAT, LIPAS, SEMUT CHARLIE DAN KUTU


~ Kerja semburan yang kami lakukan bagi kawalan pijat, lipas, semut charlie dan kutu di rumah kediaman ~

Friday 4 July 2014

KAWALAN PEPIJAT


Keupayaan mengenal pasti kawasan persembunyian pepijat amat penting. Sebagai mana proses kawalan serangga perosak yang lain, semua aktiviti kawalan perlu dimulakan dengan aktiviti pemeriksaan rapi.
Dalam aktiviti pemeriksaan kita dapat mengenal pasti kawasan mana yang terdapat lubuk persembunyian dan pembiakan.

Dari situ kita dapat melakukan perancangan dan rawatan yang terperinci di kawasan pembiakan tersebut.

Langkah awal membenteras pepijat

Terdapat 2 bahagian yang berbeza yang perlu kita ambil perhatian dalam melakukan rawatan terhadap serangan pepijat.

  1. Kawasan di mana terdapat sentuhan secara lansung terhadap penghuni iaitu diri kita. Ini termasuklah tilam, bantal kusyen dan seumpamanya.
  2. Kawasan di mana tidak terdapat sentuhan lansung pada diri kita. Kawasan ini termasuklan bahagian struktur katil, celahan atau kerangka perabut, skirting bilik tidur, celahan lipatan karpet dan se umpamanya.

Membenteras pepijat dengan racun 

Cara terbaik dalam menghapuskan pepijat adalah dengan menggunakan racun semburan cecair ataupun debu. Kadangkala dalam kes-kes yang teruk, rawatan fumigasi menggunakan gas beracun ada dijalankan. 
Kebiasaannya rawatan menggunakan racun semburan cecair atau debu adalah lebih elok dilaksanakan oleh mereka yang terlatih dalam pengendalian racun kawalan serangga perosak.

Pengendali racun kawalan serangga perosak profesional mempunyai akses kepada racun yang berkesan dan bersesuaian dalam membunuh pepijat.
Umumnya orang awam tidak mempunyai akses dalam pembelian racun-racun tersebut. Lagipun racun seperti itu dijual dalam bentuk konsentrasi yang tinggi dan memerlukan pembancuhan terlebih dahulu sebelum dipakai. Oleh itu, elok kita serahkan urusan tersebut kepada ahlinya.

Membenteras pepijat buat sendiri

Dalam kes serangan yang tidak ketara, kita boleh melakukan sendiri rawatan serangan pepijat ini dengan menggunakan racun serangga aerosol yang terdapat dipasaraya.

Anda boleh melihat pada label tin aerosol itu apakah bahan "Perawis Aktif" yang digunakan. Bahan seperti permethrin, resmethrin atau pyrethrins berkesan dalam membunuh pepijat.
Kebanyakan racun semburan aerosol tidak meninggalkan sisa pada kawasan yang di sembur, namun aerosol yang digunakan untuk lipas yang dijual di pasaraya meninggalkan sisa pada kawasan semburan, jadi pastikan anda tidak menyembur pada kawasan pertama yang dinyatakan diatas yang terdapat sentuhan diri kita secara lansung di rumah.
Anda boleh melihat dengan terperinci celahan ikatan tilam, lipatan jahitan atau bahagian yang sepertinya pada bantal, dan juga cadar. Jika terdapat pepijat anda boleh menyembur kawasan itu dengan kadar yang sedikit.
Tilam yang telah disembur perlu di keringkan dengan menjemur terlebih dahulu dan sarungkan ia terlebih dahulu sebelum digunakan semula.
Seterusnya pada kawasan sekeliling berhampiran katil atau tempat rehat anda, lakukan peleriksaan dan semburan terutamanya pada rekahan celahan yang tersembunyi yang terdapat pada lantai, carpet, kerusi, perabut, kabinet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan lain-lain.

Rawatan susulan membenteras pepijat

Kebiasaannya rawatan susulan selepas satu minggu adalah diperlukan. Ulang perkara yang sama di atas sekali lagi selepas seminggu. Insyallah sedikit sebanyak anda mampu menyelesaikan masalah pepijat di rumah anda.

Jika masih tidak dapat menyelesaikan masalah setelah lebih dua kali dilakukan sendiri, eloklah anda hubungi syarikat perkhidmatan kawalan serangga perosak yang berlesen yang anda kenali dengan segera atau hubungi INBpestcontrol-06-3173682/En. Mat Nor-017-6312745/En. Din 012-9631262 untuk dapatkan perkhidmatan membenteras pepijat