INBpestcontrol

INBpestcontrol

Friday 4 July 2014

KAWALAN PEPIJAT


Keupayaan mengenal pasti kawasan persembunyian pepijat amat penting. Sebagai mana proses kawalan serangga perosak yang lain, semua aktiviti kawalan perlu dimulakan dengan aktiviti pemeriksaan rapi.
Dalam aktiviti pemeriksaan kita dapat mengenal pasti kawasan mana yang terdapat lubuk persembunyian dan pembiakan.

Dari situ kita dapat melakukan perancangan dan rawatan yang terperinci di kawasan pembiakan tersebut.

Langkah awal membenteras pepijat

Terdapat 2 bahagian yang berbeza yang perlu kita ambil perhatian dalam melakukan rawatan terhadap serangan pepijat.

  1. Kawasan di mana terdapat sentuhan secara lansung terhadap penghuni iaitu diri kita. Ini termasuklah tilam, bantal kusyen dan seumpamanya.
  2. Kawasan di mana tidak terdapat sentuhan lansung pada diri kita. Kawasan ini termasuklan bahagian struktur katil, celahan atau kerangka perabut, skirting bilik tidur, celahan lipatan karpet dan se umpamanya.

Membenteras pepijat dengan racun 

Cara terbaik dalam menghapuskan pepijat adalah dengan menggunakan racun semburan cecair ataupun debu. Kadangkala dalam kes-kes yang teruk, rawatan fumigasi menggunakan gas beracun ada dijalankan. 
Kebiasaannya rawatan menggunakan racun semburan cecair atau debu adalah lebih elok dilaksanakan oleh mereka yang terlatih dalam pengendalian racun kawalan serangga perosak.

Pengendali racun kawalan serangga perosak profesional mempunyai akses kepada racun yang berkesan dan bersesuaian dalam membunuh pepijat.
Umumnya orang awam tidak mempunyai akses dalam pembelian racun-racun tersebut. Lagipun racun seperti itu dijual dalam bentuk konsentrasi yang tinggi dan memerlukan pembancuhan terlebih dahulu sebelum dipakai. Oleh itu, elok kita serahkan urusan tersebut kepada ahlinya.

Membenteras pepijat buat sendiri

Dalam kes serangan yang tidak ketara, kita boleh melakukan sendiri rawatan serangan pepijat ini dengan menggunakan racun serangga aerosol yang terdapat dipasaraya.

Anda boleh melihat pada label tin aerosol itu apakah bahan "Perawis Aktif" yang digunakan. Bahan seperti permethrin, resmethrin atau pyrethrins berkesan dalam membunuh pepijat.
Kebanyakan racun semburan aerosol tidak meninggalkan sisa pada kawasan yang di sembur, namun aerosol yang digunakan untuk lipas yang dijual di pasaraya meninggalkan sisa pada kawasan semburan, jadi pastikan anda tidak menyembur pada kawasan pertama yang dinyatakan diatas yang terdapat sentuhan diri kita secara lansung di rumah.
Anda boleh melihat dengan terperinci celahan ikatan tilam, lipatan jahitan atau bahagian yang sepertinya pada bantal, dan juga cadar. Jika terdapat pepijat anda boleh menyembur kawasan itu dengan kadar yang sedikit.
Tilam yang telah disembur perlu di keringkan dengan menjemur terlebih dahulu dan sarungkan ia terlebih dahulu sebelum digunakan semula.
Seterusnya pada kawasan sekeliling berhampiran katil atau tempat rehat anda, lakukan peleriksaan dan semburan terutamanya pada rekahan celahan yang tersembunyi yang terdapat pada lantai, carpet, kerusi, perabut, kabinet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan lain-lain.

Rawatan susulan membenteras pepijat

Kebiasaannya rawatan susulan selepas satu minggu adalah diperlukan. Ulang perkara yang sama di atas sekali lagi selepas seminggu. Insyallah sedikit sebanyak anda mampu menyelesaikan masalah pepijat di rumah anda.

Jika masih tidak dapat menyelesaikan masalah setelah lebih dua kali dilakukan sendiri, eloklah anda hubungi syarikat perkhidmatan kawalan serangga perosak yang berlesen yang anda kenali dengan segera atau hubungi INBpestcontrol-06-3173682/En. Mat Nor-017-6312745/En. Din 012-9631262 untuk dapatkan perkhidmatan membenteras pepijat

No comments:

Post a Comment