INBpestcontrol

INBpestcontrol

Wednesday 25 June 2014

TIP MENGHAPUS ANAI-ANAI

Anai Kawal nak berkongsi dengan anda semua tips untuk menghapuskan anai-anai pula. Sumber didapati dari emel rakan. Kesahihannya tidak dapat dipastikan. Tapi masi boleh mencuba.

Jika anai-anai telah mula masuk ke dalam kayu-kayan di rumah, seharusnya panggil exterminator profesional. Buat sendiri amat payah.

Jika ingin membuat tindakan preventif supaya anai-anai tidak menyerang rumah, di sini ada beberapa tips yang boleh membantu.

Mengenali Anai-Anai

  1. Anai-anai suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup dan mati
  2. Anai-anai ada berpuluh spesies. Yang putih, yang kuning, yang perang .... Permaisuri anai-anai ada banyak dalam satu koloni. Askar anai-anai menjaga anak-anak. Anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelkatu yang berterbangan.
  3. Kalau nampak banyak kelkatu berterbangan, pasti berhampiran ada koloni anai-anai.
  4. Anai-anai tak tahan matahari. Cepat mati. Sebab tu mereka samada membuat lorong tanah atas kayu/simen/konkrit atau menggali terowong dalam tanah.
  5. Anai-anai suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing.
  6. Dalam perut anai-anai ada ribuan protozoa ( hidupan macam kuman ) yang menghadamkan serat kayu yang ditelannya.
Selepas mengenali anai-anai, maka dah tiba masa mengurangkan minat anai-anai dari rumah kita
  1. Pastikan laman rumah bersih dan pokok-pokok kecil di-trim. Rumput dan lalang dicantas.
  2. Pastikan tiada sampah, timbunan kayu, perabut reput, pokok mati dan tunggul pokok berhampiran rumah
  3. Pastikan air parit mengalirkan air terus ke saliran parit besar. Pastikan parit rumah tak pecah dan berumput.
  4. Pastikan bawah rumah tiada takungan air.
  5. Tutup rekahan-rekahan yang dijumpai pada bahagian dinding dengan simen atau kapur.
  6. Pastikan paip-paip bocor berhampiran tanah dibaiki segera. Tanah-tanah yang lembap menarik anai-anai buat sarang.
  7. Kalau terjumpa koloni anai-anai di halaman, jangan cuba buang sendiri sebab nanti yang saki-baki akan mencari tempat baru terutama sekali rumah. Panggil pakar.
  8. Pastikan perabut buruk, buku-buku, kertas, pakaian, akhbar lama, kayu dan apa saja barang dah tak mahu pakai lagi, dikeluarkan dari rumah dan dibuang terus.
Bermakna, kita kena rajin dan suka laman rumah yang bersih dan cantik. Dan juga rajin menjaga kebersihan dalam rumah. Kalau kita buat di atas, kita juga mengurangkan serangan nyamuk, ulat gonggok, ular, tikus, kutu anjing, lipas dan cicak.

Pembasmian anai-anai yang telahpun berhimpun di dalam rumah :

Anai Kawal: Sekiranya anda mempunyai masalah anai-anai jangan risau ye...panggil je yang pakar. Anda boleh hubungi kami INBpestcontrol Enterprise (EN. MAT NOR  HP NO.017-6312745 / EN. ZAINUDIN HP NO. 012-9631262) @ mana-mana syarikat pest control yang berdaftar.








MENGAWAL ANAI-ANAI DI KEDIAMAN ANDA

CARA MENGAWAL ANAI-ANAI DI KEDIAMAN ANDA

Sebelum kita lihat panduan bagaimana mengawal anai-anai di rumah anda, kita perlu pastikan terlebih dahulu samada rumah diserang anai-anai atau tidak.

Anda boleh memeriksa samada rumah anda diserang anai-anai atau tidak dengan melakukannya sendiri mengunakan dua peralatan asas iaitu lampu suluh dan pemutar skru kecil.
Namun jika anda tidak pasti bagaimana melakukan pemeriksaan mengenal pasti kehadiran anai-anai, anda boleh memanggil syarikat pest control berkelayakan.

Syarikat yang menjalankan perniagaan kawalan serangga dan makhluk perosak boleh memeriksa rumah anda dan kemudiannya memberikan sebut harga bagi mengawalnya.
Kebiasaannya syarikat perniagaan kawalan serangga akan menjalankan pemeriksaan rumah anda terhadap anai-anai secara percuma sahaja dan seterusnya mereka akan memberikan laporan samada rumah anda selamat dari serangan anai-anai atau tidak.


...........................................................................................................................

KAEDAH MENGAWAL ANAI-ANAI

Terdapat berbagai teknik bagi menghapuskan atau mengawal anai-anai sekarang. Teknik yang paling biasa diguna pakai sejak sekian lama adalah teknik rawatan tanah dengan menggunakan bahan kimia.
Teknik ini memerlukan lantai sekeliling rumah anda ditebuk sebelum disuntik dengan bahan kimia ke dalamnya bagi merawat tanah yang berada di bawah lantai rumah anda.

.............................................................................................................................

KAEDAH DRILLING


Lantai akan ditebuk pada luar dan dalam rumah anda pada sisi dinding. Jarak lubang yang ditebuk dengan dinding adalah sekitar 6 inci dan jarak antara 2 lubang adalah sekitar 18 inci.

Bergantung kepada saiz rumah anda jumlah lubang yang akan ditebuk mungkin sebanyak 100 hingga 150 lubang di dalam rumah dan sekitar 100 atau 150 lubang di luar rumah. Jika rumah anda adalah rumah teres yang berada di tengah, hanya bahagian dalam rumah sahaja akan ditebuk.
Prinsip asas dalam menggunakan bahan kimia adalah menghasilkan satu pagar bahan kimia bagi di antara rumah anda dan sarang anai-anai.

Pada kebiasaannya anai-anai bersarang di dalam tanah di bawah rumah anda dan ia memasuki rumah melalui celahan atau rekahan yang terdapat pada struktur rumah anda dari bawah.
 ...........................................................................................................................

MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA

Oleh itu apabila bahan kimia disuntik melalui lubang yang ditebuk, tanah yang berada dibahagian bawah dan dinding tapak asas rumah anda akan diselaputi oleh bahan kimia yang mampu menghalang atau membunuh anai-anai dari memasuki rumah anda.

Terdapat 2 jenis bahan kimia yang biasa digunakan iaitu jenis menghalau dan jenis tidak menghalau anai-anai.

Bahan kimia jenis menghalau anai-anai dapat menghalang anai-anai mendekati tanah atau struktur rumah anda yang telah diselaputi bahan kimia.

Ini menyebabkan rumah anda selamat dari dimasuki anai-anai tetapi tidak membunuh anai-anai jika dia sempat menukar haluan dari melalui tempat tersebut.
Jika anai-anai terkena bahan kimia jenis menghalau ini, ia akan segera mati oleh bahan tosik yang ada pada bahan kimia tersebut.

Di antara bahan kimia aktif jenis menghalau yang berada di pasaran adalah seperti pyrethroid atau chlopyrifos yang menggunakan berbagai jenama.
............................................................................................................................
MENGGUNAKAN NON-REPELLENT CHEMICAL

Jenis bahan kimia yang tidak menghalau pula akan terus disentuh oleh anai-anai yang melalui kawasan yang telah dirawat dengan bahan kimia itu. Bahan tosik yang terdapat dalam bahan kimia itu bertindak secara perlahan membunuh anai-anai. I
ni membolehkan anai-anai yang lain terkena bahan kimia itu apabila tersentuh anai-anai yang telah di sepaluti bahan kimia.
Bahan kimia yang tidak menghalau bertindak menghalang anai-anai merosakkan rumah anda dengan membunuh anai-anai yang tersentuh secara perlahan-lahan. Di antara bahan kimia aktif jenis tidak menghalau yang terdapat di pasaran adalah seperti Fipronil atau Imidacloprid, juga di jual dengan berjagai jenama.
Bahan kimia juga digunakan bagi mengawal anai-anai dari menyerang struktur kayu rumah anda dengan cara sembutan. Kerja menyembur bahan kimia dilakukan pada keseluruhan kayu yang mahu dirawat. Kayu yang telah diselaputi bahan kimia mampu membunuh anai-anai yang menyentuhnya.
...........................................................................................................................
KAEDAH SEMBURAN SETEMPAT

Terdapat teknik rawatan anai secara menyembur bahan kimia pada kawasan serangan anai-anai, ini dinamakan teknik semburan setempat.

Sebenarnya teknik ini hanya membunuh anai-anai pada kawasan tersebut sahaja sedangkan terdapat berjuta lagi anai-anai yang sedang merayap secara diam di bawah serta sekitar rumah anda yang tidak anda ketahui.
Setelah sekeliling rumah anda ditebuk dan disuntik dengan bahan kimia, kebiasaannya struktur kayu yang terdapat pada rumah anda terutamanya pada bahagian bumbung di atas siling akan disembur dengan bahan kimia yang sama bagi menghalang serangan anai-anai pada bahagian atas rumah anda yang mungkin datang melalui bumbung rumah jiran anda.
...........................................................................................................................
APA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA MEMBINA RUMAH  KEDIAMAN/BANGUNAN PEJABAT
Sebenarnya cara yang lebih menjimatkan adalah dengan melakukan rawatan tanah pada waktu pembinaannya. Keseluruhan tapak rumah anda perlu dirawat dengan bahan kimia sebelum pembinaan dimulakan.

Ini merupakan teknik pencegahan yang lebih menyeluruh di mana seluruh tapak rumah anda telah di adakan halangan bahan kimia dari serangan anai-anai.
Namun bahan kimia yang berada di pasaran sekarang tidak dapat bertahan lama. Biasanya ia akan hilang selepas 2 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis bahan kimia yang anda gunakan.

Selepas tamat sahaja tempoh jaminan bahan kimia tersebut, rawatan baru perlu dilakukan semula melaui teknik tebukan lubang atau drilling seperti yang diterangkan di atas.
..........................................................................................................................

KELEMAHAN KAEDAH DRILLING

Diantara masalah menggunakan teknik tebukan lubang dan menyuntik bahan kimia adalah kerosakan serta kecacatan bahagian lantai yang telah ditebuk, ini membuatkan sebahagian dari kita tidak menggemari teknik ini.
Bagi mereka yang risaukan rumah mereka rosak ditebuk lubang bagi rawatan anai-anai, kini terdapat satu teknik terbaru yang tidak memerlukan tebukan lubang dan tidak menggunakan cecair bahan kimia yang banyak untuk disuntik ke bawah lantai rumah anda.
Teknik tersebut dinamakan teknik pengumpanan. Kita akan membincangkan teknik pengumpanan pada artikel yang lain pula nanti. Moga perkongsian maklumat bagaimana mengawal anai-anai ini membantu anda.


AK: Kami sedia membantu anda dengan memberikan khidmat rundingan dan lawatan ke tapak secara percuma....

Thursday 19 June 2014

KISAH RATU POWER




(Sila Klik keratan Akhbar)

APAKAH SKOP KERJA GENERAL PEST CONTROL (GPC)

1. Penyemburan dijalankan disekitar kawasan yang bermasalah bagi pengawalan serangga perosak.
2.Penyemburan bahan kimia juga dilakukan disepanjang sudut lantai luar dan dalam bangunan.
~Juruteknik kami sedang membuat pemeriksaan~

~Semburan bahan kimia dibuat di setiap ruang kediaman/bangunan~
APAKAH SKOP KERJA SOIL TREATMENT (ST)

1. Kerja menyukat dan membancuh bahan kimia mengikut spesifikasi yang betul.
2. Menyembur bahan kimia pada beam.
3. Menyembur bahan kimia pada slab.

APAKAH SKOP KERJA CORRECTIVE SOIL TREATMENT (CST) 

1. Menandakan pokok yang di serang anai-anai.
2. Kerja mengepam bahan kimia ke pangkal pokok.
3. Mengepam bahan kimia di kawasan yang terdapat anai-anai.
4. Mengunakan mesin drill untuk menebuk lubang pada tanah.
5. Kerja mengepam bahan kimia dipangkal pokok.
6. Menyembur bahan kimia pada pokok yang diserang anai-anai.
KAEDAH KAWALAN LEBAH DAN PENYENGAT

Melibatkan kerja-kerja pemusnahan sarang atau pengunaan bahan bakar. Ia bergantung kepada tempat dan situasi. Kaedah ini menggunakan racun bagi memusnahkan sarang jika lebah atau penyengat berada di dalam bangunan.
KAEDAH KAWALAN TIKUS DAN RODEN

Melibatkan kawasan persekitaran bangunan atau luar bangunan. Bergantung kepada jenis tikus atau roden. Kerja tersebut melibatkan pengunaan umpan beracun, perangkap sangkar, perangkap getah, jaring besi dan racun serbuk tabur.
KAWALAN PIJAT DAN KUTU

Mengunakan kaedah semburan kabus dan spray misting.
KAWALAN VEKTOR DAN NYAMUK

Melibatkan kaedah pewasapan sejuk atau panas atau fogging. Pemantauantempat-tempat berair untuk pangawalan jentik-jentik.
KAEDAH KAWALAN KELAWAR DAN BURUNG

Perkhidmatan ini melibatkan pembersihan sarang dan tempat pembiakan, kerja ini melibatkan bahagian atas bangunan atau bumbung bangunan.
KAEDAH KAWALAN SERANGGA AM

Untuk pusat-pusat komersial seperti Hotel, Restauran, Pangsapuri, Rumah dan Premis Perindustrian. Kawalan khusus untuk pembiakan serangga seperti semut, lipas, anai-anai, tikus, pijat dan nyamuk.
KAEDAH KAWALAN ANAI-ANAI

- Menggunakan kaedah Rawatan Kimia Tanah (Soil Treatment) bagi bangunan dalam proses pembinaan.

-Mengunakan kaedah Rawatan Pembetulan Tanah (Corrective Soil Treatment)

Monday 16 June 2014

Anai-Anai


Anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak.
Di Malaysia, ada tiga famili anai-anai yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit.

Kitaran hidup anai-anai adalah kompleks kerana ia hidup dalam kasta. Bermula dengan raja dan permaisurinya yang menghasilkan beribu-ribu telur dan menetaskannya. Ribuan anak anai-anai kemudiannya menjadi pekerja, askar atau kadang-kala menjadi kelekatu (anai-anai bersayap).
Kelekatu ini juga dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah berkembang baik berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap ini juga mempunyai jantina. Kelekatu akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja terutamanya selepas hari hujan, mencari habitat baru dan kemudiannya menjadi raja dan permaisuri serta membina koloni baru.
Anai-anai pekerja biasanya tidak bersayap, mandul dan buta. Anai-anai askar juga tidak bersayap dan mandul tetapi mempunyai kepala dengan mandibel (bahagian mulut serangga) yang kuat untuk menggigit bagi mempertahankan koloni.
Selain itu, anai-anai peringkat rendah terpaksa bersimbiosis dengan protozoa dan bakteria untuk menghadamkan kayu yang dimakan. Manakala anai-anai peringkat tinggi seperti anai-anai busut menggunakan kultur kulat untuk penghadaman dan pada masa tertentu cendawan busut akan keluar dari sarang anai-anai ini.
Kebanyakan anai-anai makan secara trofalaksis iaitu askar akan memberi pekerja makan, sama ada dari mulut ke mulut atau anus (dubur) ke mulut.