Kelawar merupakan sejenis binatang mamalia dari kumpulan yang dinamakan Chiroptera, yang merupakan satu perkataan berasal daripada Greek. Ia membawa maksud 'Tangan Bersayap'. Terdapat sebanyak 1,240 spesis Kelawar di seluruh dunia.
70% daripada Kelawar adalah jenis yang menjadikan serangga sebagai makanan mereka manakala bakinya menjadikan buah-buahan sebagai makanan. Di negara kita jenis yang makan buah-buahan ini kita namakan sebagai Keluang
Daripada maklumat di atas ternyata Kelawar tidak membahayakan manusia
malah tabiat mereka yang menjadikan serangga sebagai makanan sebenarnya
banyak membantu industri pertanian apabila kebanyakan serangga yang
menjadi makanan mereka merupakan serangga perosak tumbuh-tubuhan.
Bagi Keluang yang menjadikan buah-buahan sebagai makanan utama mereka,
ia sedikit sebanyak mengganggu para pekebun yang mengusahakan tanaman
buah-buahan apabila hasil buah pekebun dimakan dan dirosakkan oleh
Keluang.
...........................................................................................................................
Masalah bawaan Kelawar
Dari segi penyakit berjangkit bawaan pula, Kelawar mempunyai rekod
membawa penyakit 'anjing gila'. Berhati-hatilah dengan Kelawar yang
bertindak luar daripada kebiasaan seperti berterbangan rendah sekitar
lantai atau duduk rehat di bawah.
Kelawar kadangkala menjadikan rumah kita sebagai tempat penginapan
mereka dan ini mendatangkan masalah besar kerana najis serta air
kencingnya boleh merosakkan dinding serta mendatangkan bau yang sungguh
tidak menyenangkan.
Bau yang melekat pada dinding dan lantai akan menarik serangga perosak
lain dan juga kelawar dari tempat lain. Kewujudan mereka di loteng rumah
kita juga akan menjadikan kita tidak selesa apabila mereka sering
mencakar dan membuat bising di atas sana.
Masalah pada najis Kelawar
Najis yang berkumpul dan tertinggal di kawasan pendudukan Kelawar akan
menghasilkan sejenis Kulat yang mana spora daripada kulat tersebut boleh
mendatangkan masalah pernafasan pada mereka yang menyedutnya. Masalah
akan bertambah teruk pada mereka yang ada penyakit alahan seperti lelah
dan sebagainya.
Jika keadaan itu berlaku, sudah pasti kita tidak dapat menrima kehadiran
mereka dan sesuatu mestilah dilakukan untuk menghalau mereka daripada
menjadikan rumah kita sebagai sarang tempat pembiakan kelawar.
Kaedah kawalan Kelawar
Untuk menyelesaikan masalah kelawar ini ia melibatkan dua proses utama.- Menghalau kelawar yang ada daripada rumah kita
- Menghalang kemasukan semula Kelawar ke dalam rumah kita
Kebiasaanya kelawar akan bersarang dikawasan loteng atau bahagian
bumbung di atas rumah kita. Bagi kebanyakan rumah di negara kita
sekarang, bahagian ini adalah di atas siling rumah langkah-langkah
keselamatan perlu diberikan perhatian secukupnya.
Pemeriksaan serangan Kelawar
Sebelum sebarang tindakan diambil kita hendaklah melakukan pemeriksaan rapi terlebih dahulu bagi mengenal pasti:- Kesemua kemungkinan laluan keluar dan masuk kelawar di dalam rumah kita.
- Segala kerosakan yang ada pada kawasan bangunan di mana kelawar jadikan sarang mereka
- Kawasan sebenar di dalam bangunan di mana Kelawar jadikan sarang.
- Berapakah saiz kumpulan kelawar yang bersarang di dalam rumah kita. Ia berbeza daripada sepasang sehinggalah ke ratusan ekor.
- Apakah spesis kelawar yang bersarang di situ.
Waktu sesuai pemeriksaan Kelawar
Pemeriksaan elok di lakukan dua kali pada masa yang berbeza.- Pada waktu senja di mana Kelawar mula muncul. Ini untuk mengesan kawasan kemasukan dan keluar kelawar tersebut.
- Pada waktu siang di mana kelawar sedang berehat di tempatnya. Ini bagi menentukan keadaan kawasan yang diduduki oleh kelawar tersebut. Adakah runag yang cukup untuk kita melakukan kerja pencegahan dan sebagainya.
Proses pemeriksaan Kelawar
Antara kelengkapan yang perlu ada ketika melakukan pemeriksaan termasuklah topi keras keselamatan, lampu suluh, pakaian coverall, penutup pernafasan daripada habuk dan sarung tangan kulit.Langkah Kawalan Kelawar
Langkah kawalan terbaik adalah dengan menutup segala laluan masuk dan
keluar kelawar dari bangunan kita dan menghalang terus kelawar dari
masuk ke dalam rumah.
Sebelum itu, kita perlulah memastikan bahawa tiada lagi kelawar yang tertinggal di atas loteng bumbung rumah kita dan kesemua kesan najis serta air kencing kelawar yang ada hendaklah dibasuh terlebih dahulu.
Sebelum itu, kita perlulah memastikan bahawa tiada lagi kelawar yang tertinggal di atas loteng bumbung rumah kita dan kesemua kesan najis serta air kencing kelawar yang ada hendaklah dibasuh terlebih dahulu.
Kita boleh menutup ruang terbuka pada loteng atau bumbung dengan
menggunakan plastik tebal atau jaring atau apa-apa sahaja yang dapat
menghalang kelawar dari masuk.
Jangan lakukan di waktu kelawar masih ada dan gangguan kita mengakibatkan mereka berterbangan atau jatuh ke bawah. Elakkan dari terkena gigitan kelawar takut-takut kalau ada jangkitan penyakit 'anjing gila'.
Jangan lakukan di waktu kelawar masih ada dan gangguan kita mengakibatkan mereka berterbangan atau jatuh ke bawah. Elakkan dari terkena gigitan kelawar takut-takut kalau ada jangkitan penyakit 'anjing gila'.
Jika bukaan ruang loteng atau bumbung rumah kita besar. Kita boleh
gunakan plastik atau jaring yang dipasang pada bahagian atas dan
lepaskan bebas di bahagian bawah.
Ini bagi membolehkan kelawar keluar tetapi menghalangnya masuk selepas itu. Setelah tiasa lagi kelawar, kita bolehlah menutup terus ruang itu.
Ini bagi membolehkan kelawar keluar tetapi menghalangnya masuk selepas itu. Setelah tiasa lagi kelawar, kita bolehlah menutup terus ruang itu.
Bahan kimia untuk kawalan Kelawar
Terdapat sejenis bahan kimia yang digunakan bagi menghalau kelawar yang kita namakan Naphthalene. Kita biasa melihat bahan kimia penghalau ini digunakan di tandas-tandas dalam berbagai bentuk yang digantung pada kawasan dalam tandas. Ubat ini digunakan bagi menghalau serangga seperti lipas.
Bahan ini sebenarnya mampu menghalau kelawar tetapi dengan syarat
kawasan tersebut hendaklah tertutup dan kurang lalauan udara. Ini bagi
membolehkan udara di penuhi dengan bau Naphthalene tersebut dan
seterusnya menghalang binatang dari memasuki kawasan itu.
Walau bagaimanapun ada laporan yang menyatakan ratusan bahan itu diletakkan pada loteng bangunan seperti sekolah dan lain-lain gagal menghalang kemasukan kelawar.
Walau bagaimanapun ada laporan yang menyatakan ratusan bahan itu diletakkan pada loteng bangunan seperti sekolah dan lain-lain gagal menghalang kemasukan kelawar.
Kawal Kelawar dengan lampu
Satu lagi cara yang boleh digunakan adalah dengan memasang lampu yang cerah pada kawasan bersarang kelawar. Jika kawasannya tidak luas dan kos memasang lampu tidak tinggi, maka ia boleh dijadikan satu cara mengawal kelawar.Kawal kelawar dengan alat elektronik
Ada tawaran dan dakwaan bahawa peralatan ultrasonik boleh digunakan dan berkesan bagi menghalau kelawar dan juga haiwan lain seperti tikus. Namun secara paraktikalnya masih tiada lagi peralatan seumpama itu yang mampu menghalang kelawar atau lain-lain haiwan dengan berkesan.
Jika rumah anda tinggi dan besar, dinasihatkan agar anda mendapatkan
khidmat syarikat kawalan makhluk perosak yang bertauliah bagi
menyelesaikan masalah kelawar anda dengan lebih sempurna.
EBOBET
ReplyDeleteLIVECHAT RESMI EBOBET
BANDAR BOLA TERPERCAYA
AGEN SLOT GAME
DAFTAR JUDI BOLA
BANDAR JUDI ONLINE
BANDAR ONLINE TERBESAR
BANDAR SLOT GAME 2020
SLOTGAME TERBARU
DAFTAR SLOT GAME
SITUS JUDI ONLINE TERBESAR
BONUS SLOT GAME
POKER ONLINE
PREDIKSI PARLAY 2020
PREDIKSI BOLA
DAFTAR SITUS JUDI BOLA
BANDAR BOLA
BOCORAN TOGEL 2020
BOLA88
AGEN BOLA 2020
IDN POKER
AGEN LIVE CASINO
AGEN JUDI ONLINE
JUDI POKER UANG ASLI
TARUHAN BOLA
DEPO PULSA
EURO 2020
NONTON FILM GRATIS
DAFTAR SLOT ONLINE