CARA MENGAWAL ANAI-ANAI DI KEDIAMAN ANDA
Sebelum kita lihat panduan bagaimana mengawal anai-anai di rumah anda,
kita perlu pastikan terlebih dahulu samada rumah diserang anai-anai atau
tidak.
Anda boleh memeriksa samada rumah anda diserang anai-anai atau tidak
dengan melakukannya sendiri mengunakan dua peralatan asas iaitu lampu
suluh dan pemutar skru kecil.
Namun jika anda tidak pasti bagaimana melakukan pemeriksaan mengenal
pasti kehadiran anai-anai, anda boleh memanggil syarikat pest control
berkelayakan.
Syarikat yang menjalankan perniagaan kawalan serangga dan makhluk
perosak boleh memeriksa rumah anda dan kemudiannya memberikan sebut
harga bagi mengawalnya.
Kebiasaannya syarikat perniagaan kawalan serangga akan menjalankan
pemeriksaan rumah anda terhadap anai-anai secara percuma sahaja dan
seterusnya mereka akan memberikan laporan samada rumah anda selamat dari
serangan anai-anai atau tidak.
...........................................................................................................................
KAEDAH MENGAWAL ANAI-ANAI
Terdapat berbagai teknik bagi menghapuskan atau mengawal anai-anai
sekarang. Teknik yang paling biasa diguna pakai sejak sekian lama adalah
teknik rawatan tanah dengan menggunakan bahan kimia.
Teknik ini memerlukan lantai sekeliling rumah anda ditebuk sebelum
disuntik dengan bahan kimia ke dalamnya bagi merawat tanah yang berada
di bawah lantai rumah anda.
.............................................................................................................................
KAEDAH DRILLING
Lantai akan ditebuk pada luar dan dalam rumah anda pada sisi dinding.
Jarak lubang yang ditebuk dengan dinding adalah sekitar 6 inci dan jarak
antara 2 lubang adalah sekitar 18 inci.
Bergantung kepada saiz rumah anda jumlah lubang yang akan ditebuk
mungkin sebanyak 100 hingga 150 lubang di dalam rumah dan sekitar 100
atau 150 lubang di luar rumah. Jika rumah anda adalah rumah teres yang
berada di tengah, hanya bahagian dalam rumah sahaja akan ditebuk.
Prinsip asas dalam menggunakan bahan kimia adalah menghasilkan satu
pagar bahan kimia bagi di antara rumah anda dan sarang anai-anai.
Pada kebiasaannya anai-anai bersarang di dalam tanah di bawah rumah anda
dan ia memasuki rumah melalui celahan atau rekahan yang terdapat pada
struktur rumah anda dari bawah.
...........................................................................................................................
MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA
Oleh itu apabila bahan kimia disuntik melalui lubang yang ditebuk, tanah
yang berada dibahagian bawah dan dinding tapak asas rumah anda akan
diselaputi oleh bahan kimia yang mampu menghalang atau membunuh
anai-anai dari memasuki rumah anda.
Terdapat 2 jenis bahan kimia yang biasa digunakan iaitu jenis menghalau dan jenis tidak menghalau anai-anai.
Bahan kimia jenis menghalau anai-anai dapat menghalang anai-anai
mendekati tanah atau struktur rumah anda yang telah diselaputi bahan
kimia.
Ini menyebabkan rumah anda selamat dari dimasuki anai-anai tetapi tidak
membunuh anai-anai jika dia sempat menukar haluan dari melalui tempat
tersebut.
Jika anai-anai terkena bahan kimia jenis menghalau ini, ia akan segera mati oleh bahan tosik yang ada pada bahan kimia tersebut.
Di antara bahan kimia aktif jenis menghalau yang berada di pasaran
adalah seperti pyrethroid atau chlopyrifos yang menggunakan berbagai
jenama.
............................................................................................................................
MENGGUNAKAN NON-REPELLENT CHEMICAL
Jenis bahan kimia yang tidak menghalau
pula akan terus disentuh oleh anai-anai yang melalui kawasan yang telah
dirawat dengan bahan kimia itu. Bahan tosik yang terdapat dalam bahan
kimia itu bertindak secara perlahan membunuh anai-anai. I
ni membolehkan
anai-anai yang lain terkena bahan kimia itu apabila tersentuh anai-anai
yang telah di sepaluti bahan kimia.
Bahan kimia yang tidak menghalau bertindak menghalang anai-anai
merosakkan rumah anda dengan membunuh anai-anai yang tersentuh secara
perlahan-lahan. Di antara bahan kimia aktif jenis tidak menghalau yang
terdapat di pasaran adalah seperti Fipronil atau Imidacloprid, juga di
jual dengan berjagai jenama.
Bahan kimia juga digunakan bagi mengawal anai-anai dari menyerang
struktur kayu rumah anda dengan cara sembutan. Kerja menyembur bahan
kimia dilakukan pada keseluruhan kayu yang mahu dirawat. Kayu yang telah
diselaputi bahan kimia mampu membunuh anai-anai yang menyentuhnya.
...........................................................................................................................
KAEDAH SEMBURAN SETEMPAT
Terdapat teknik rawatan anai secara
menyembur bahan kimia pada kawasan serangan anai-anai, ini dinamakan
teknik semburan setempat.
Sebenarnya teknik ini hanya membunuh anai-anai pada kawasan tersebut
sahaja sedangkan terdapat berjuta lagi anai-anai yang sedang merayap
secara diam di bawah serta sekitar rumah anda yang tidak anda ketahui.
Setelah sekeliling rumah anda ditebuk dan disuntik dengan bahan kimia,
kebiasaannya struktur kayu yang terdapat pada rumah anda terutamanya
pada bahagian bumbung di atas siling akan disembur dengan bahan kimia
yang sama bagi menghalang serangan anai-anai pada bahagian atas rumah
anda yang mungkin datang melalui bumbung rumah jiran anda.
...........................................................................................................................
APA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA MEMBINA RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PEJABAT
Sebenarnya cara yang lebih menjimatkan adalah dengan melakukan rawatan
tanah pada waktu pembinaannya. Keseluruhan tapak rumah anda perlu
dirawat dengan bahan kimia sebelum pembinaan dimulakan.
Ini merupakan teknik pencegahan yang lebih menyeluruh di mana seluruh
tapak rumah anda telah di adakan halangan bahan kimia dari serangan
anai-anai.
Namun bahan kimia yang berada di pasaran sekarang tidak dapat bertahan
lama. Biasanya ia akan hilang selepas 2 hingga 5 tahun bergantung kepada
jenis bahan kimia yang anda gunakan.
Selepas tamat sahaja tempoh jaminan bahan kimia tersebut, rawatan baru
perlu dilakukan semula melaui teknik tebukan lubang atau drilling
seperti yang diterangkan di atas.
..........................................................................................................................
KELEMAHAN KAEDAH DRILLING
Diantara masalah menggunakan teknik tebukan lubang dan menyuntik bahan
kimia adalah kerosakan serta kecacatan bahagian lantai yang telah
ditebuk, ini membuatkan sebahagian dari kita tidak menggemari teknik
ini.
Bagi mereka yang risaukan rumah mereka rosak ditebuk lubang bagi rawatan
anai-anai, kini terdapat satu teknik terbaru yang tidak memerlukan
tebukan lubang dan tidak menggunakan cecair bahan kimia yang banyak
untuk disuntik ke bawah lantai rumah anda.
Teknik tersebut dinamakan teknik pengumpanan. Kita akan membincangkan
teknik pengumpanan pada artikel yang lain pula nanti. Moga perkongsian
maklumat bagaimana mengawal anai-anai ini membantu anda.
AK: Kami sedia membantu anda dengan memberikan khidmat rundingan dan lawatan ke tapak secara percuma....